Tanah Pamah

Walaupun negara kita bergunung-ganang, tetapi masih mempunyai kawasan tanah pamah yang luas. Kawasan tanah pamah negara kita terdiri daripada lembangan sungai, delta,dan dataran pantai.
  Lembangan sungai adalah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai serta cawangan-cawangan.KAwasan tanah pamah adalah kawasan kurang daripada 180 meter tinggi di lembah sungai yang disempadani oleh kawasan tanah tinggi. Dataran adalah kawasan rendah yang lebih luas, biasanya rata , dan kurang daripada 15 meter. Umumnya , dataran adalah sempit kerana banjaran gunung menganjur berhampiran dengan pantai.
  Kawasan tanah pamah dan dataran yang ditimbuni denga tanah aluvium yang subur sesuai untuk kegiatan pertanian seperti di Dataran Kelantan dan Delta Rajang .


Kepentingan Kawasan Tanah Pamah dan Dataran di Malaysia


Merupakan kawasan tumpuan penduduk dan petempatan kerana kebanyakan kegiatan ekonomi tertumpu di tanah pamah.Contoh:Sekitar Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru , Kuching , Kota Kinabalu.

Kaya dengan sumber mineral seperti bijih timah yang menggalakkan kegiatan perlombongan .Contoh:Lembah Kinta , Kuala Lumpur.
Kawasan tumpuan jalan kereta api dan jalan raya kerana kos pembinaan yang lebih murah. Contoh: Kuala Lumpur, Tumpat , Johor Bahru.
Menjadi kawasan pertanian yang utama-Penanaman padi kerana terdapat tanih aluvium yang subur.Contoh:Dataran Kedah-Perlis , Dataran Kelantan ,Delta Rajang.
-Penanaman getah dan kelapa sawit di kawasan yang bertanih laterit dan bersaliran baik.Contoh:
Dataran Johor.
Sesuai dimajukan sebagai tapak perindustrian.Contoh: Lembah Klang , Perai, Sandakan, Bintulu , Likas.