Pola Saliran


Sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya.Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya dinamakan lembangan sungai .Cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan lain dikenal sebagai pola saliran .Terdapat beberapa pola saliran ,iaitu pola reranting ,jejala , gegelang dan selari.
(a) Pola saliran reranting   
-Berbentuk seperti reranting pokok
-Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama pada sudut kurang sudut tepat.
-Terdapat di kawasan yang mempunyai bantuan yang sama kekerasan.
-Contoh:Sungai Pahang , Sungai Kelantan.
(b)Pola saliran jejala
-Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut secara berselang-seli .
-Anak-Anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut.
-Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat,iaitu 90 darjah.
-Contoh: Sungai Perak
(c)Pola saliran jejala
-Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain
-Terdapat di cerun curam
-Contoh:Sungai Kinabatang
(d)Pola saliran gegelang
-Cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah.
-Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai.
(e)Pola saliran jejari
-Berbentuk seperti jejari roda
-Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung .
-Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah.